Penduduk di Negeri Perak dinasihatkan agar berwaspada dan terus memperkasa amalan norma baharu susulan penemuan virus COVID-19 varian Afrika Selatan (B.1.351) yang dilaporkan di negeri itu kerana ia sangat mudah berjangkit.<br />Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam) Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata varian itu dikesan selepas sampel terpilih daripada kes-kes positif dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penjenisan gen lengkap beberapa minggu lalu.